DAPATKAN DISINI

Thursday 23 June 2011

> Meningal Dunia Ketika Lepas Solat Asar>
>
> Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan
> kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan
> urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat
> terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah
> beliau
> juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur
> semenanjung
> dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke
> masjid
> yang memerlukan khidmat tangan beliau.
>
>
> Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
>
>
> Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia
> ketika lepas solat Asar.
>
>

>
>
>
> Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai
> memberi
> salam yang pertama.
>
>
> Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud
> saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati
> ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
>
>
> Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin
> (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan
> pengkebumian.
>
>
> Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.
> Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi
> beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada
> pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika
> mana sedang mengimami solat!
>
>
> Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital
> telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang
> pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah
> mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar.
> Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
>
>
> Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu
> jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak
> berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang
> berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah
> tentu
> ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu.
> Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah
> imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa
> imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
>
>
> Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf,
> saya
> tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X
> buat
> sementara waktu.
>
>
> Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
>
>
> Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
>
>
> "Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
>
>
> "Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
>
>
> "Ya, ustaz M bercakap".
>
>
> "Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar
> tempohari?",
> sang suara meminta kepastian.
>
>
> "Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat.
> .ingat...
> ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
>
>
> "Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu
> sang
> suara ringkas.
>
>
> "Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
> balas ustaz M.
>
>
> Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa
> hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak
> hospital nak mengurus kan dokumennya.
>
>
> Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di
> bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital
> dan
> juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam
> tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah
> ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.
> Tambahan pula jenazah orang luar.
>
>
> Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang
> memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut
> dengan perlahan-lahan. ..
>
>
> Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga
> berpeluh!
> Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
>
>
> Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal
> sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang
> sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
>
>
> Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan
> membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula
> pada
> dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan
> "ALLAH"!
>
>
> Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan
> lain
> yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di
> bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
>
>
> Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.
> Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan
> ?....
>
>
> Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera
> sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang
> masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan
> jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja
> yang
> mengetahuinya.
>
>
> Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada
> rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup
> sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa
> kematiaanya.
>
>
> Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada
> seorang
> yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa
> hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud.
> Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh
> amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang
> mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
>
>
>
>
> MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
>
>
> Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang
> meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
>
>
> Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada
> jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada
> jemaah
> yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat
> Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada
> yang
> nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit.
> Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan
> jenazah
> yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang
> berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa
> ramainya,
> puji beliau.
>
>
> Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada
> menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga
> jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti.
> Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
>
>
> Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
> Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
> sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
>
>
> Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan
> sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
>
>
> Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom
> Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini
> terdiam....
>
>
> Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya
> memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
>
>
> Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
> hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor
> keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana
> yang
> tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang
> berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang
> tak
> mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang
> disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
>
>
> Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,
> dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk
> ke
> bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun
> untuk
> melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu
> serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
>
>
> Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
> hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
> diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..."
> .
>
>
> Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat
> setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga
> yang
> menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru
> nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang
> fana
> ini.
>
>
> Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas
> terakhirnya,
> jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus
> sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama
> ada
> ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama
> seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa
> ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah
> pun
> dibawa balik untuk diuruskan...
>
>
> Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
>
>
> Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,
> ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat
> beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan
> peliknya?... .
>
>
> Ya,
>
>
> Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih
> mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.
> Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz
> M
> lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah.
> Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama
> dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
>
>
> Subhanallah!
>
>
> Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah
> imam
> sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
>
>
> "Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
> muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
> melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
> Allah....... ......"
>
>
> Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
> ustaz
> M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak
> ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur
> memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah
> dari
> mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat
> sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi
> bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan
> bakal penghuni syurga!
>
>
> SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
>
>
> Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya
> ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun
> dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa
> inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada
> perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
>
>
> Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada
> isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah
> pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu
> rupa
> sejak dari alam dunia lagi.
>
>
> Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,
> perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia
> boleh
> dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan
> solat sunat Witir.
>
>
> Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
> kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
> Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
> amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan
> sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
>
>
> Wallahua'lam.
>
>
> "Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan
> oleh
> Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
>
>
> [101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku
> sebahagian
> dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran
> mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan
> Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati)
> dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
>

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...